Tuesday, 9 October 2012

Seungkap Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan...
      Kali pertama saya menerima tugasan ini, hati saya gembira berbaur gusar. Gembira kerana akan meneroka ilmu baru iaitu menghasilkan blog yang tentunya dapat saya manfaatkan dalam profesion saya.  Namun perasaan gusar amat ketara, lebih-lebih lagi bidang ini merupakan suatu yang baru bagi saya.
      Namun, berkat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, sedikit demi sedikit saya masih belajar dan belajar untuk memperbaiki segala kekurangan dalam penghasilan blog ini. Justeru, pandangan dan teguran daripada rakan-rakan dan pensyarah pembimbing amat saya harapkan demi mempertingkat ilmu dan kemahiran yang mahal ini.
      Kepada yang baru mengunjungi blog ini, terima kasih daun keladi.  Moga ilmu yang diperolehi di sini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam melayari tugasan seharian.
Wasalam....


3 comments:

  1. semoga berjaya cikgu..blog ini sangat menarik dan kemas..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu. sedang berusaha untuk melengkapkan blog ini lagi...

    ReplyDelete
  3. blog sangat menarik,berwarna-warni...well done

    ReplyDelete