NUKILAN

Rakan-rakan, kenalan dan murid-murid,
Anda dipersilakan menghantar hasil nukilan anda di sini. 
Serlahkan bakat kreatif anda.... 

3 comments:

  1. MONOLOG GADIS ISKANDAR

    Di sini
    Lahirnya putera puteri Iskandar
    Perlahan-lahan
    Mengorak langkah ke puncak jaya
    Mencipta sejarah baru
    Kejayaan yang tiada tandingnya

    Mulanya di sini
    Aku memegang segenggam harapan
    Yang akan aku tunaikan
    Agar menjadi pelajar cemerlang
    Tatkala wajah ibu menjelma
    Nasihat ibu sentiasa tersemat
    Di ruang hatiku

    Di sinilah
    Aku belajar erti kehidupan
    Aku tinggalkan segala kesenangan
    Aku tempuhi segala kesusahan
    Walaupun sekar untukku harungi
    Tetapi
    Inilah realiti kehidupan

    Di sini
    Aku mencorak masa depan ku
    Gagal sekali tidak bermakna
    Gagal selamanya
    Iringan doa ibu bapaku
    Menjadi pedoman buatku

    Inilah
    Monolog Gadis Iskandar

    Nukilan : Fasihah Fitri Zulkipli
    SMS Sultan Iskandar, Mersing
    Keluaran : Akhbar Berita Harian,
    30 Ogos 2011
    Laman Tinta Pelajar

    ReplyDelete
  2. Fasihah, anda memang berbakat menulis sajak. Teruskan minat Fasihah. Semoga tercapai segala yang diimpikan...

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman peribadi anda di sini... Sayang selalu...

    ReplyDelete
  3. Memang best la bila diadakan ruangan sajak ni. Boleh join?

    ReplyDelete