KOLEKSI SYAIR

SYAIR

Latihan 1

Baca syair di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

   Mat Jenin Yang Malang



Aduhai malang nasib Mat Jenin,
Kelapa dipeluk dipukul angin,
Badannya kurus berotak dingin,
Seperti kepala ikan senangin.

Sepanjang maa ia berangan,
Memikirkan hari untuk kesenangan,
Kelapa dipetik dalam angan-angan,
Untuk membeli ayam sereban.

Ayam dijual dibeli itik,
Agar dapat nafas berkotek,
Itik dijual kambing dikelek,
Sekarang kesenangan datang menggolek,

Kambing dijual lembu dibeli,
Lembu dijual gajah dicari,
Akhirnya harta berkati-kati,
Kapal dibeli meninggalkan negeri.

Sampai ia di sebuah negeri,
Lalu berkahwin dengan puteri,
Siang malam asyik meneliti,
Pelepah mati disangka isteri.

Sudahlah nasib Mat Jenin malang,
Pelepah dipeluk lalu melayang,
Ia terhempas jatuh terlentang,
Oleh angan-angan jiwanya hilang.

1.   Maksud berotak dingin dalam syair tersebut ialah .......................
      A.  seorang yang pandai              C.  seorang yang bodoh 
      B.  seorang yang malas               D.  seorang yang sukakan harta

2.   Apakah pekerjaan yang sedang dilakukan oleh Mat Jenin?
      A.  bersuka-suka dengan puteri raja
      B.  memelihara binatang ternakan
      C.  mengupas buah kelapa
      D.  memetik buah kelapa

3.   Selepas memperoleh gajah, apakah yang diingin oleh Mat Jenin?
      A.  kapal                                   C.  lembu
      B.  puteri                                   D. kambing

4.   Mengapakah Mat Jenin ingin meninggalkan negeri?
      A.  kerana ingin menjadi raja
      B.  kerana ingin menambah harta
      C.  kerana ingin mengahwini puteri raja
      D.  kerana ingin mencari kesenangan di negeri orang

5.   Apakah yang terjadi kepada Mat Jenin akhirnya?
      A.  Mat Jenin menjadi gila kerana cita-citanya tidak kesampaian.
      B.  Mat Jenin cedera kerana terjatuh dari pokok kelapa.
      C.  Mat Jenin gagal berkahwin dengan puteri raja.
      D.  Mat Jenin mati kerana terjatuh dari pokok kelapa.




No comments:

Post a Comment