KOLEKSI SOALAN PERIBAHASA


Tulis suatu karangan berdasarkan peribahasa "Berharapkan pagar, pagar makan padi". 

          Aisyah seorang ibu tunggal.  Dia baru kematian suami sebulan yang lalu.  Oleh hal yang demikian, Aisyah terpaksa bekerja di sebuah kilang untuk menyara anak tunggalnya.

          Sementara ketiadaan Aisyah, anaknya yang berumur dua tahun ditempatkan di rumah jirannya.  Aisyah percaya akan keikhlasan jirannya untuk menjaga anaknya, Amira.

          Pada mulanya, Amira dijaga dengan baik.  Apabila Aisyah tidak mampu membayar upah yang lebih tinggi, jirannya bertindak bertindak mendera anaknya.

          Jirannya sering memarahi dan memukul Amira.  Kadangkala Amira tidak diberik makan dan susu.  Jiran-jiran yang lain mengadukan hal itu kepada Aisyah namu Aisyah tetap percaya akan kejujuran jiran yang menjaga anaknya itu.

          Pada suatu hati, Aisyah pulang awal dari tempat kerjanya.  Aisyah telah melihat sendiri bagaimana anaknya dicederakan.  Amira segera dibawa ke hospital kemudian Aisyah melaporkan hal itu kepada pihak polis.

          Aisyah sungguh sedih.  Kepercayaannya dibalas dengan kejahatan.  Keadaan ini samalah seperti "berharapkan pagar, pagar makan padi".
_____________________________________________________________

Tulis suatu karangan untuk menghuraikan maksud peribahasa "Seperti kera sumbang".

          Peribahasa "seperti kera sumbang" merupakan peribahasa Melayu yang digunakan untuk menggambarkan seseorang.  Peribahasa ini bermaksud orang yang tidak mahu bercampur atau bergaul dengan orang ramai.

          Sebagaimana peribahasa-peribahasa lain, peribahasa ini mengandungi pengajaran iaitu sebagai seorang ahli dalam sebuah masyarakat, kita tidak digalakkan hidup menyendiri.  Hal ini demikian kerana orang yang hidup menyendiri akan membawa keburukan kepada dirinya sendiri.

           Salah satu keburukan hidup menyendiri ialah orang tersebut akan menjadi sempit pemikirannya seperti katak di bawah tempurung.  Dia akan merasakan cara hidupnya adalah yang terbaik dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku di sekelilingnya.

          Bagi seseorang murid pula, dia perlu bergaul dengan rakan-ralam yang lain.  Melalui pergaulan, mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan mewujudkan sikap tolak ansur serta persefahaman.  Pergaulan yang sihat akan dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran juga.

         Dalam kehidupan bermasyarakat pula, kita perlu mengenali jiran tetangga.   Hal ini demikian kerana jiran tetanggalah orang yang paling dekat dengan kita.  Merekalah yang akan menghulurkan bantuan jika kita dalam kesusahan.
    
         Jelaslah bahawa banyak manfaatnya jika kita tidak bersikap "seperti kera sumbang".  Sbaik-baiknya kita mengamalkan pergaulan dan hidup "seperti aur dengan tebing" dan "muafakat membawa berkat".

No comments:

Post a Comment