SANA-SINI

MARI KENALI SEKOLAH SAYA

SK Taman Rinting 2, sekolah yang tidak asing lagi dalam Daerah Pasir Gudang, Johor.  Banyak kejayaan telah diraih, khususnya dalam bidang akademik.

Jadi, untuk anda yang masih belum mengenali sekolah ini, marilah menonton Video Korporat SK Taman Rinting 2 ini......




******************************************************************
PERISTIWA YANG BERLANGSUNG SEKITAR BULAN NOVEMBER

Hari yang dinanti-nantikan telahpun tiba.  Hari ini, 19 November,  keputusan UPSR diumumkan. Alhamdulillah, SK Taman Rinting 2 masih bertahan dan mendapat kedudukan ketiga terbaik dalam negeri Johor. Tahniah kepada murid-murid Tahun 6, ibu bapa dan guru-guru yang bertungkus lumus mengekalkan pencapaian ini. 

Pn. Rohayah Ismail, GPK Pentadbiran
mewakili guru besar menyampaikan
ucapannya.  Tahun ini juga, SKTR 2
menjadi tuan rumah bagi pengumuman
keputusan UPSR peringkat Daerah 
Pasir Gudang.  Lihat sahajalah wajah-wajah
Guru Besar bersama Setiausaha Peperiksaan
yang sedang menganalisa keputusan UPSR
sekolah masing-masing.


Sebahagian daripada 25 orang murid cemerlang yang berjaya memperolehi 5A dengan hadiah basikal yang disumbangkan oleh En. Fadhli. Terima kasih!!






******************************************************
Hari ini, 16 November merupakan hari terakhir kami bertugas di sekolah sebelum memulakan cuti yang panjang. Bonda Norlilawati, Guru Besar sekolah ini mengadakan majlis doa selamat untuk warga guru yang bertungkus-lumus menjayakan program sekolah tahun ini.... Juga iringan doa agar pencapaian UPSR "meletup" tahun ini. Amin....











Jamuan ringan seusai majlis tahlil diharapkan akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami.....


***************************************************************
Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 telah diadakan pada 9 November. Warga sekolah gembira melihat kejayaan anak-anak dirai dalam majlis yang meriah...






Ha... yang ini memori saya dengan pengarang jantung saya....


*****************************************************************************************



Pihak Petrosains telah menganjurkan "Road Safety Programme" pada 8 November lalu. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima jemputan ini. Terima kasih Petrosains! 




*****************************************************************************************
Dalam kesibukan, sempat juga pihak sekolah menganjurkan program perkhemahan untuk murid-murid Tahun 5 pada 3 November 2012. Kebetulan pula hujan, jadi juadah ini memang membuka selera. Nak tahu apa menunya? jemput-jemput iblis....ops silap! (kata salah seorang peserta). Sebenarnya jemput-jemput ikan bilis.


 Cikgu-cikgu bujang pun tak mahu kalah menunjukkan "skill" masing-masing......


Beginilah antara aktiviti lasak yang dijalankan dengan tujuan membina ketahanan diri dari aspek mental dan fizikal... Sabar ye nak....


*********************************************************************

PERISTIWA YANG BERLANGSUNG SEKITAR BULAN OKTOBER....

Tahun ini, Hari Kanak-Kanak disambut dengan penuh meriah.  Pelbagai aktiviti menarik  dijalankan sepanjang sambutan tersebut pada 23 hingga 30 Oktober. Lihat sahajalah gelagat kanak-kanak dalam acara-acara yang dipertandingkan...
















Jom kita saksikan video bagi acara yang dipertandingkan dalam Sambutan Hari Kanak-Kanak.... Ada berani!!



Mungkin anda lebih berminat dengan persembahan yang lebih santai.... macam video ni..

Atau ada yang lebih gemar berhibur dengan persembahan yang ini pula.... 

*****************************************************************

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2012 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 23 Oktober yang lalu..... "Membaca Jambatan Ilmu"





*********************************************************************




Setelah tamat peperiksaan UPSR, murid-murid Tahun 6 berpeluang mengikuti lawatan ke Legoland.  Seronoknya mereka!


********************************************************************************************
PERISTIWA YANG BERLANGSUNG SEKITAR BULAN SEPTEMBER....

Buat julung-julung kalinya, SK Taman Rinting 2 telah menganjurkan Kejohanan Olahraga di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus atau Stadium Larkin di Johor Bahru pada 29 September yang lalu.  Lihat sahajalah kesungguhan seluruh warga sekolah dalam menjayakan temasya gilang-gemilang ini....



*********************************************************************
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah berlangsung dengan meriah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah marhaban, jamuan biskut raya dan persembahan daripada murid dan juga guru. 



*******************************************************************
PROGRAM MENARIK TAHUN INI...

Mungkin ada di antara anda pernah menemuinya.... 
Siapa lagi kalau bukan Angkasawan Negara, 
Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor 
yang telah hadir ke SK Taman Rinting 2 untuk kali ketiga....






Bukan sahaja murid malah guru-guru pun tak melepaskan peluang bergambar bersama beliau.... Lihat sahajalah foto di sebelah ini... Moga menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk mengejar cita-cita sepertimana beliau. Tiada yang mustahil...


4 comments:

  1. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan November!

    ReplyDelete
  2. Memang setiap bulan ada sahaja aktiviti yang menarik di sekolah ni.... SKTR 2 memang best!

    ReplyDelete
  3. Setiap kali anda mempersembahkan bahan, bahan tersebut akan menjadi menarik. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  4. waauuu..bestnya.. seronok betul ya.. :-)

    ReplyDelete